Wednesday, August 4, 2010

Binaan Simpang PN(Diod)

  • Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
  • Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
  • Bahan P ialah anod.
  • Bahan N ialah katod.
  • Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
  • Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
  • Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
  • Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
  • Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
  • Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
  • Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
  • Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
  • Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.
  • Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)


    No comments:

    Post a Comment