Thursday, August 5, 2010

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

  • Apabila mengendali diod langkah-langkah keselamatan berikut mesti diamalkan:
a)Diod tidak boleh terdedah kepada haba tinggi yang berpanjangan.Perhatian perlu diberiapbila proses pematerian diod ke papan litar dibuat.
b)Kaki diod hendaklah dibengkok dengan cara yang betul.Ia mesti pada kakinya menggunakan playar muncung tirus,kemudian baru dibengkok.Ini penting supaya simpang PN yang ada di dalam diod tersebut tidak terganggu.
c)Semasa menguji diod pada papan litar,pastikan diod dipisahkan terlebih dahulu dari litar sebelum pengujian dilakukan.
d)Apabila proses pematerian dilakukan langkah keselamatan seperti yang telah dinyatakan dalam modul 3 perlu diikuti.

KEROSAKAN DAN PENGUJIAN DIOD

  • Diod boleh diuji menggunakan meter pelbagai analog dan meter pelbagai berdigit.
  • Apabila diod diuji menggunakan meter pelbagai anlog,fungsi meter ohm digunakan.Dalam keadaan pincang ke depan,nilai bacaan adalah dalam lingkungan di bawah 10 ohm manakala dalam
     keadaan pincang songsang bacaan adalah ifiniti.
  • Apabila meter pelbagai berdigit berdigit digunakan,meter dilaraskan ke fungsi pengujian diod.
  • Bacaan bagi diod yang dipincang ke depan adalah di antara 0.6 hingga 0.8V(untuk diod jenis silikon dan 0.2 hingga 0.4 diod jenis germanium).
  • Dua jenis kerosakan yang sering berlaku kepada diod ialah terbuka dan terpintas.Kerosakan terbuka dan terpintas boleh diuji menggunakan ujian meter ohm.
  • Meter pelbagai analog pada fungsi ohm juga boleh digunakan untuk menentukan tamatan diod yang tidak diketahui kekutubannya.

DIOD ZENER


  • Diod zener ialah satu lagi contoh diod yang banyak digunakan dalam litar elektronik.


  • Diod zener mempunyai ciri membenarkan arus mengalir dalam keadaan pincang songsang apabila nilai voltan pincang songsang yang dibekalkan mencapai nilai voltan zener,Vz.
  • Penggunaan diod zener ialah sebagai pengatur voltan.
  • Diod zener mengatur voltan keluaran ke 7.5 V ,iaitu bersamaan dengan zener diod tersebut.

Wednesday, August 4, 2010

KEGUNAAN DIOD SIMPANG PN

  • Kegunaan diod simpang PN ialah:
            a)penerus
            b)pengehad
            c)pelindung

  • Litar penerus menukatkan arus ulang alik kepada arus terus.
  • Ciri diod yang membenarkan arus mengalir satu hala sahaja menyebabkan hanya separuh daripada kitar bekalan sampai ke bahagian keluaran.
  • Litar pengehad bertindak mengehad nilai voltan dalam litar.Dalam litar ini diod digunakan  bagi mengehad voltan masukan kepada +0.7V dan -0.7V sahaja.
  • Dalam litar diod D berperanan melindungi transistor daripada kemungkinan wujudnya voltan tinggi yang terhasil kesan daripada penyambungan transistor ke gegelung.

DIOD SIMPANG PN

  • Diod simpang PN terhasil daripada percantuman bahan N dan bahan P.
  • Semasa proses pembentukan diod,terdapet sejumlah kecil elektron daripada bahan N akan merentasi simpang dan mwngisi lubang yang terdapat pada bahan P.Akibatnya terbentuklah lapisan susutan pada simpang.
  • Diod ber keadaan pincang ke depan apabila anodnya disambung ke punca positif bekalan dan katod disambung ke punca negatif.
  • Voltan pincang ke depan yang diperlukan ialah voltan sawar yang bernilai 0.7V untuk diod jenis silikon dan 0.3 untuk jenis germanium.Lapisan susutan hilang ciri penebatan,membolehkan arus mengalir melaluinya.
  • Apabila anod di sambung ke punca negatif dan katod disambung ke punca positif, ia dipincang songsang.
  • Dalam keadaan ini rintangan lapisan susutan meningkat dan menyebabkan arus tidak boleh mengalir melaluinya.
  • Jika nilai voltan pincang songsang yang di bekalkan sangat tinggi(lazimnya dalam beberapa ratus volt,bergantung kepada spefikasi),arus akan mengalir dalam litar tersebut.
  • Nilai voltan yang membolehkan arus mengalir dalam diod dalam kadaan pincang songsang dinamai votan pecah tebat.

Binaan Simpang PN(Diod)

  • Terdiri drp gabungan separuh pengalir ektsrinsik bahan jenis P dan bahan jenis N.
  • Mempunyai 2 tamatan iaitu anod & katod.
  • Bahan P ialah anod.
  • Bahan N ialah katod.
  • Tamatan katod adalah yang hampir dgn tanda garis.
  • Ketika proses penggabungan bahan P & N, elektron bebas dlm bahan N yang berhampiran simpang akan menyeberangi simpang dan meresap ke dalam lubang bahan P. Proses ini dikenali sebagai penggabungan semula simpang.
  • Kehilangan elektron di bahan N akan membentuk ion positif di simpang PN.
  • Kemasukan elektron di bahan P membentuk ion negatif di simpang PN.
  • Keadaan ini membentuk satu lapisan cas positif pada bahan N dan cas negatif di bahan P.
  • Kawasan simpang di mana terbentuknya kedua-dua cas dikenali sebagai lapisan susutan.
  • Cas positif & cas negatif membina medan elektrostatik merentasi simpang PN.
  • Resepan elektron dan lubang akan berhenti apabila tiada keupayaan untuk mengatasi medan elektrostatik.
  • Halangan atau rintangan yang dibina oleh medan elektrostatik dikenali sawar upaya atau upaya simpang.
  • Sawar upaya juga dikenali sebagai voltan lutut. (Si – 0.7v, Ge - 0.3v)


    PeNgEnAlAn..

    assalammualaikum kepade yg liht blog nie...
    nme aq ahmad asyraf.. mmbr team aq lak iqa_tunjang...

    kteowg wat blog nie tok projek kteowg...
    MPAV nyer ar....

    thanz 4 u all..(^~^)